Connect with us

Oh! Media

Pasukan Khas Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

Ohmedia saksi Zara Qairina

Oh! Tidak

Pasukan Khas Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

Kes kematian Zara Qairina di Sabah jadi tumpuan, Bukit Aman turun padang hantar pasukan khas.

Kes tragis melibatkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, kini mendapat perhatian serius apabila Bukit Aman sendiri turun padang.

Satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dihantar ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes ini.

9 anggota terlibat dalam task force kes Zara Qairina…

Zara Qairina

Menurut kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), pasukan ini terdiri daripada sembilan anggota dan pegawai.

IKLAN

Tujuannya jelas, memastikan siasatan berjalan telus, menyeluruh dan tanpa sebarang kompromi.

PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional.

Turut diingatkan untuk mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.- Kata kenyataan itu.

Kronologi menyedihkan pemergian Zara Qairina…

Zara Qairina

Kejadian berlaku pada 16 Julai lalu apabila Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar.

Mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Kes ini mencetuskan perhatian ramai selepas timbul dakwaan bahawa arwah menjadi mangsa buli oleh pelajar senior.

Pssttt! Bila dengar kes macam ni, memang buat hati kita luluh. Ohmedia harap korang jangan anggap remeh isu buli, walaupun nampak “kecil” pada mata kita. Satu nyawa hilang, takkan dapat diganti. Kalau nampak atau dengar ada yang jadi mangsa, jangan tunggu, laporkan terus pada pihak berkenaan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas