Connect with us

Oh! Media

Hejira Travel

Oh! Tidak

Pasangan Suami Isteri Pemilik Syarikat Agensi Umrah Hejira Travel & Tour Holding Ditahan Polis Johor

Polis Johor telah menahan sepasang suami isteri yang merupakan pemilik agensi pelancongan Hejira Travel & Tours Sdn Bhd.

Menurut laporan Berita Harian, penahanan ini dilakukan selepas agensi tersebut didakwa terlibat dalam penipuan yang membabitkan pakej umrah dan haji.

IKLAN

Penjelasan Ketua Polis Johor

Hejira Travel

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, memaklumkan bahawa pasangan suami isteri itu ditahan dalam satu operasi pada 19 Januari lalu.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di Johor. Setakat ini, sembilan laporan polis diterima membabitkan kerugian RM174,080.

Kes ini bermula selepas pihak polis menerima laporan daripada 10 individu yang mendakwa ditipu oleh agensi tersebut, melibatkan kerugian berjumlah lebih RM300,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata perintah reman terhadap mereka, termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun itu bermula Khamis hingga Sabtu lalu.

Pihak polis menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati

Hejira Travel

Polis turut menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan membuat semakan terperinci sebelum menggunakan perkhidmatan mana-mana agensi pelancongan, terutamanya yang melibatkan pakej umrah dan haji.

#OhmediaNasihat

Sebelum kita hendak berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan, pastikan kita sentiasa lakukan semakan yang mendalam tentang syarikat tersebut. Kita perlu bijak dalam memilih agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Hejira Travel

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas