Connect with us

Oh! Media

Panida Punca Gambar Tangmo Tersebar, Mengaku Bagi Phone Pada ‘Bang Jack’

TANGMO

Trending

Panida Punca Gambar Tangmo Tersebar, Mengaku Bagi Phone Pada ‘Bang Jack’

Kecoh di media sosial, netizen tertanya-tanya jika benar Tangmo Nida masih hidup, dek kerana akaun Facebook Tangmo kembali aktif dengan gambar-gambar dan video Tangmo. Namun, semua itu tidak benar kerana telefon bimbit Tangmo kini berada di tangan Bang Jack.

ADVERTISEMENT

BACA: Timbul Spekulasi Tangmo Masih Hidup, Polis Thai Jangka Dapat ‘Jawapan’ Dalam Masa 7 Hari

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, ibu kepada Tangmo, Panida telah mengaku bersalah kerana menghantar telefon bimbit Tangmo kepada seseorang yang bernama Bang Jack di Amerika Syarikat.

Percaya dalam telefon ada bukti kes pembunuhan

@najiyahrazak_so1 Anybody else speechless? 💔 Just imagine, a stranger invade her privacy and able to access all her data and more than 1 million images? Omg 💔 #tangmonida #แตงโมนิดา #tangmo #แตงโม #justicefortangmo #justicefortangmonida #แตงโมต้องได้รับความยุติธรรม ♬ เสียงต้นฉบับ – _F_

Niat Panida hantar telefon bimbit itu kepada Bang Jack adalah untuk mendapatkan bukti sama ada kematian Tangmo merupakan satu pembunuhan ataupun tidak.

Pada 25 Mei, Peguam Panida, Decha Kittiwittayanan mengadakan sidang media dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi dalam beberapa hari ini.

Ia disahkan daripada mak Tangmo yang telefon tersebut ada pada tangan Bang Jack. Ibunya menghantar sendiri telefon Tangmo ke Amerika Syarikat tanpa bantuan sesiapa.

Bang Jack selalu menghubungi Panida sehingga mereka jadi rapat. Bang Jack memberitahu Panida yang terdapat bukti penting dalam telefon tersebut, menyebabkan Panida percaya ia adalah kes pembunuhan. Kos penghantaran adalah sebanyak 2,500 baht.

Hubungi Apple Thailand untuk dapatkan akses gambar

TANGMO

Selepas Balai Polis Nonthaburi menyerahkan telefon bimbit kepada Panida, Panida terus menghubungi Apple Thailand untuk mendapat akses memulihkan imej umum dan peribadi di dalam telefon tersebut namun tidak berjaya.

Apabila Bang Jack berjaya meyakinkan Panida yang dia boleh memulihkan gambar-gambar di dalam telefon itu, Panida terus menghantar telefon tersebut ke Amerika Syarikat.

Di dalam telefon itu terdapat lebih 1 juta gambar tetapi tiada sebarang bukti pembunuhan yang ditemui.

Peguam Panida telah menyatakan perbuatan Bang Jack menyebarkan gambar-gambar tersebut adalah salah dan Bang Jack mungkin akan dikenakan saman.

Panida difahamkan akan membuat sidang media untuk menjelaskan semuanya apabila dia sudah bersedia.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas