Tular di media sosial hari ini, seorang wanita merayu kes liwat melibatkan anaknya mendapat keadilan kerana sudah dua tahun kes masih dibicarakan.
BACA: Liwat Rakan Satu Sel, Banduan Dijel Lagi Lima Tahun Dan Satu Sebatan
Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook, Norsuraya Mohd Noor berkata hatinya hancur mengenangkan harapan anak tersayang untuk melanjutkan pelajaran di Mesir musnah.
Malah, sehingga ke hari ini anaknya didakwa masih berada dalam keadaan trauma. Norsuraya juga berkongsi screenshot mesej dipercayai dihantar suspek yang merayu keluarga mangsa mempertimbangkan tahap kesihatan ibu bapanya.
Terbaru, ibu mangsa menceritakan kronologi kes mengenai kejadian liwat tersebut. Dakwanya, selama 7 bulan anak di tahfiz, ibu bapa atau waris tak digalakkan untuk melawat kerana bimbang fokus anak akan terganggu.
Pada 13 Mac 2021, guru agama telefon memberitahu anaknya sudah tak berminat untuk terus belajar di situ. Dia ada bertanyakan anak tetapi si anak hanya diam dan menangis.
Dia mendapati anaknya dalam keadaan tertekan dan bertanya mengapa semua ini terjadi kepadanya. Ketika cuba berbincang dengan pihak madrasah, si anak difitnah kononnya mempunyai hubungan sejenis dengan rakan.
Anaknya menafikan hal itu dan selepas dipujuk barulah si anak buka mulut mendakwa ustaz telah melakukan ‘sesuatu’.
Ustaz juga didakwa sering mengajak anaknya masuk ke bilik pada tengah malam hingga jam 4 pagi. Dakwa si ibu, ustaz akhirnya membuat pengakuan dan memujuknya supaya menarik semula laporan polis.
Dia yang sangat kecewa dengan perbuatan ustaz hanya mahukan keadilan buat anaknya. Dia berharap pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan kes dengan segera kerana ianya sudah berlarutan selama dua tahun.
Kredit: Facebook Norsuraya Mohd Noor
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.