Connect with us

Oh! Media

Pandu Myvi Lawan Arus, Seorang Warga Emas Ditahan

Myvi

Trending

Pandu Myvi Lawan Arus, Seorang Warga Emas Ditahan

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan sebuah kenderaan Produa Myvi yang dikatakan memandu secara lawan arus di Bukit Kuang, Kemaman.

Menurut sumber, kereta Myvi berwarna merah itu berada di lorong bertentangan sebelum berhenti apabila ‘ditegur’ oleh kenderaan yang berada di hadapannya.

Tangkap Layar Video Membabitkan Myvi Memandu Secara Lawan Arus
Tangkap layar video membabitkan Myvi memandu secara lawan arus

Bagaimanapun, keadaan kembali menjadi tenang selepas individu yang menaiki kenderaan jenis Hilux nekad membantu pemandu Myvi yang dikatakan seorang warga emas untuk kembali ke arah yang betul.

IKLAN

Polis tahan pemandu Myvi merah lawan arus

Berhubung dengan kejadian itu, polis dilaporkan telah menahan seorang individu berusia 74 tahun yang dikenal pasti memandu secara melawan arus di Kilometer 140, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man, bekas pemandu lori itu pada awalnya tidak menyedari dirinya memandu di arah yang salah.

Namun, dia menyedari perkara itu selepas sebuah kenderaan di hadapannya memberikan lampu isyarat tinggi beberapa kali sebelum mereka bertemu.

Dia kemudiannya perlahan-lahan memberhentikan kenderaan di bahagian tepi jalan sebelum dibantu oleh pemandu di hadapannya.

Suspek yang memandu kenderaan milik anaknya mendakwa hanya menyedari dia memandu melawan arus setelah diberi isyarat lampu tinggi beberapa kali oleh kenderaan lain dari arah hadapan.

Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan dipandunya secara perlahan di tepi pembahagi jalan dan kemudiannya dibantu pengguna jalan yang lain untuk memandu mengikut laluan yang betul.

Dalam pada itu, Ismail turut berkata bahawa suspek telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendapati menghidap masalah penglihatan.

Walaubagaimanapun, kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 30 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas