Connect with us

Oh! Media

Pakcik Dipenjara Akibat Difitnah Dua Beradik, Lepas 2 Tahun Baru Terbukti Tak Bersalah

Mahkamah

Oh! Tidak

Pakcik Dipenjara Akibat Difitnah Dua Beradik, Lepas 2 Tahun Baru Terbukti Tak Bersalah

Dua beradik sanggup fitnah pakcik sendiri hingga lelaki itu dipenjara. Rupa-rupanya sebab kantoi curi barang kemas.

Di aplikasi Threads, seorang individu berkongsi pengalaman terlibat secara langsung dalam satu kes fitnah terhadap seorang lelaki sehingga dipenjarakan tanpa bukti kukuh.

Kes tu membabitkan dua beradik perempuan yang masih remaja datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa diperkosa pakcik mereka berulang kali.

Apabila laporan dibuat, pihak polis mengambil tindakan segera dan siasatan pun bermula.

IKLAN

Tanda-tanda serangan ada, tapi bukan berlaku di rumah pakcik

Remaja

Mangsa dibawa ke hospital dan memang ada kesan yang menunjukkan pernah menjadi mangsa serangan seksual.

Tapi selepas diselidik semula, rupa-rupanya kesan itu bukan berlaku ketika mereka duduk dengan pakcik berkenaan.

Si adik mendedahkan pakcik adalah penjaga selepas mereka diabaikan ibu sendiri.

Budak-budak tu anak kepada adik pakcik tu. Disebabkan kesian tengok anak saudara sendiri merempat, dia jaga la. Tapi lepas 3 bulan, dituduh macam-macam.

Kebenaran terbongkar bila salah seorang mengaku

Lelaki

Si adik mengaku cerita direka untuk selamatkan kakak daripada ditangkap kerana mencuri barang kemas.

Kakak saya suruh report, sebab dia takut kena marah lepas kantoi curi gelang auntie.

Dedah adik lagi, kakak memerlukan wang untuk pergi ke private party bersama rakan-rakan.

Lepastu aku invested nak tau cerita sebenar. Aku stay dengan dia sampai satu tahap dia cerita sebenarnya yang kakak dia pernah buat abortion . My brain dah macam nak pecah. Macam ye ye je budak ni.

Lepas pengakuan itu, kes menjadi lebih jelas dan pakcik berkenaan akhirnya dibebaskan selepas dua tahun ditahan secara tidak adil.

Tapi sampai tahap tu je aku borak dengan dia. Sebab budak ni dah kena panggil pegawai masa tu. Masa aku jumpa budak-budak ni dorang bawah perlindungan lagi. 

Kata individu ini lagi, dia berjumpa sekali lagi dengan remaja itu dua tahun kemudian.

Then adik ni cakap kakak dia dah lari pergi Indonesia, ada kawan kakaknya tolong dia. So tinggal la dia sesorang dekat situ. Tunggu kes settle. Pasal pakciknya, dah dibebaskan. Alhamdulillah. Tapi pasal adik-adik tu aku tak tahu kesudahan. Sebab aku just happen to be there as a visiting staff. Dan PIC je yang tahu the whole story. 

Lebih mengejutkan, semasa perjumpaan itu, individu ini akhirnya dapat tahu telefonnya yang hilang semasa lawatan pertama dicuri remaja ini.

Remaja ini mengaku si kakak memberi arahan kepadanya untuk ‘berborak’ supaya individu ini leka.

Pssttt! Fuh plot twist habis, licik betul dua beradik ni. Nasib baiklah nasib pakcik tu akhirnya terbela.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas