Connect with us

Oh! Media

Pakar Kesihatan Ramal, April 2022 Kehidupan Akan Kembali Normal?

april 2022

Trending

Pakar Kesihatan Ramal, April 2022 Kehidupan Akan Kembali Normal?

Pakar kesihatan terkemuka membuat ramalan, pada April 2022, manusia akan menjalani kehidupan normal selepas Covid-19 semakin lemah dan hanya menjadi punca selesema biasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Tiga Dos Vaksin Sinovac Boleh Beri Perlindungan Terhadap Varian Omicron?

Menerusi laporan Kosmo, ramalan itu dibuat oleh Profesor perubatan di Universiti East Anglia, Profesor Paul Hunter berikutan dari berita yang mengatakan tiada sekatan baru akan berkuat kuasa di Britain sebelum sambutan Tahun Baru.

Covid-19 akan jadi demam biasa

april 2022

Menurut Hunter, menjelang April 2022, virus Covid-19 tidak akan menimbulkan sebarang kebimbangan dan hanya menjadi demam biasa pada waktu itu.

Ia adalah penyakit yang tidak akan lenyap dan jangkitan juga tidak akan hilang biarpun kes jangkitan teruk akan berkurang.

Lambat laun, kita perlu membiarkan individu yang dijangkiti Covid-19 menjalani kehidupan normal seperti yang mereka lakukan ketika mengalami selsema.

Oleh itu, untuk satu tempoh, kita perlu lebih ‘terbuka’ iaitu melonggarkan sekatan Covid-19.

Katanya, walaupun penularan Omicron lebih tinggi daripada Delta, namun varian tersebut mempunyai risiko kemasukan ke hospital antara 50 hingga 70 peratus lebih rendah daripada Delta. Omicron juga kurang memberi kesan kepada sistem kesihatan.

Semoga kita sentiasa diberi perlindungan dari terkena virus ini. Harap-harap tahun depan dapatlah kita semua raya dan berpuasa seperti tahun-tahun sebelum munculnya Covid-19.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas