Connect with us

Oh! Media

Tiga Dos Vaksin Sinovac Boleh Beri Perlindungan Terhadap Varian Omicron?

tiga dos

COVID-19

Tiga Dos Vaksin Sinovac Boleh Beri Perlindungan Terhadap Varian Omicron?

Terbaharu, tiga dos suntikan vaksin Sinovac dikatakan mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian Covid-19 Omicron.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Nak Ambil Dos Penggalak? Status Vaksinasi Anda Akan Bertukar Kepada ‘Tidak Lengkap!’ – KJ

Menerusi laporan Astro Awani, selepas dua dos suntikan, penghasilan antibodi peneutralan dalam tubuh manusia adalah sebanyak 35 peratus.

Kajian pemberian dos penggalak sangat berkesan

tiga dos

Menurut syarikat biotech Sinovac, kajian yang dilakukan telah melibatkan 20 individu yang menerima dua dos suntikan dan 48 individu lain telah menerima tiga dos suntikan Sinovac.

Hasil daripada kajian tersebut, 7 daripada kumpulan pertama (dua dos suntikan) dan 45 daripada kumpulan kedua (tiga dos suntikan) didapati positif dalam meneutralkan antibodi menentang varian Omicron.

Syarikat Sinovac menyatakan pemberian dos penggalak sangat berkesan untuk menentang varian Omicron yang kini sedang pesat menular.

Kajian Sinovac ini telah dibuat berdasarkan dua sampel varian Omicron dari Hong Kong dan sekarang ini masih lagi lakukan kajian terperinci untuk mendapatkan hasil yang lebih menyeluruh.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari varian Omicron ini. Siapa yang belum ambil dos penggalak tu, cepat-cepat lah ambil okay!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

Ke Atas