Connect with us

Oh! Media

Pakar Jangkakan Bumi Sedang Menuju Ke Arah Kepupusan Besar-Besaran

Trending

Pakar Jangkakan Bumi Sedang Menuju Ke Arah Kepupusan Besar-Besaran

Dari hari ke hari, dapat kita lihat banyak kerosakan dilakukan manusia di atas muka bumi.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini 3 Peristiwa Menakutkan Yang Diramal Berlaku Pada Tahun 2022?

Kerosakan yang dibuat itu telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya yang merupakan satu peringatan terhadap kerakusan manusia di atas muka bumi ini.

Bumi sedang menuju ke arah kepupusan

Kini, pakar-pakar menjangkakan bumi ketika ini sedang menuju ke arah kepupusan besar-besaran buat kali keenam selepas terdapat lima peristiwa kepupusan yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Kosmo, seorang profesor di Jabatan Ekologi Universiti Charles di Prague melaporkan bahawa perubahan iklim yang berlaku ketika ini diramalkan bakal menyebabkan berlakunya peristiwa kepupusan seterusnya selepas bumi mengalami perubahan iklim yang memusnahkannya dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

Kadar kepupusan semasa adalah kira-kira dua turutan magnitud lebih tinggi daripada kadar kepupusan biasa.

Perubahan iklim yang dikesan semasa kepupusan besar-besaran dan terakhir ini bukanlah satu-satunya punca. Kesan perubahan global lain turut memainkan peranan.

Dalam pada itu, menurut Kunio Kaiho, seorang profesor emeritus di Jabatan Sains Bumi, Universiti Tohoku, Jepun, bumi hanya memerlukan beberapa darjah suhu untuk dimusnahkan dengan lebih cepat berbanding dipulihkan mengikut cara bumi memanas.

Peningkatan purata suhu global sebanyak 9 darjah Celsius menjadi elemen penting kepada kepupusan besar-besaran, sejajar dengan pemanasan global.

Ini semua hanya jangkaan, Wallahualam. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui segalanya.

Kita perlu terus tingkatkan amalan untuk bekalan kita di sana nanti.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas