Connect with us

Oh! Media

Pakar Bedah Sahkan Luka Lecur Adik Bella Kemungkinan Berpunca Daripada Air Panas

Oh! Tidak

Pakar Bedah Sahkan Luka Lecur Adik Bella Kemungkinan Berpunca Daripada Air Panas

Dah lama kan kita tak dengar perkembangan mengenai kes adik Bella, remaja Sindrom Down yang sebelum ini dikatakan didera pengasas rumah Bonda, Siti Bainun.

ADVERTISEMENT

BACA: “Selain Disimbah Air Panas, Bella Dipukul Setiap Malam” – Saksi

Memetik laporan daripada Harian Metro, pakar Bedah Plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kesan melecur di bahagian tangan adik Bella berkemungkinan besar disebabkan oleh air panas.

Menurut Dr Salmi Mohamed Shukur, 46, pengesahan itu berdasarkan laporan yang diberikan pegawai perubatan, Dr Sheshadri Sridar pada 26 Jun 2021 ketika merawat mangsa.

Saya melihat ada dua kawasan luka masing-masing di tangan kanan dan kiri yang mana tangan kiri melecur satu peratus manakala tangan kanan melecur 0.5 peratus.

Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah dah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah.

Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian. Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia.

Tambah Dr Salmi lagi, terdapat beberapa parut luka matang di sekitar badan dan tangan Bella.

Parut itu masih memerlukan rawatan. Daripada segi penjagaan, ia bagus setakat ini.

Dalam pada itu, Dr Salmi turut menyatakan bahawa Bella akan menangis dan tidak gembira semasa menerima rawatan.

Semasa dirawat kita (pegawai perubatan) terpaksa memegang tangan Bella. Dia menangis bila kita pegang tangan. Dia (Bella) tidak happy (gembira) mungkin sakit sebab itu Bella menangis.

Dr Salmi turut menambah bahawa beliau dan beberapa pegawai perubatan yang lain terpaksa memegang Bella bagi mengelak dia meronta.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas