Connect with us

Oh! Media

Padah Merempit Dan Buat Aksi Superman, Imam Terawih Ditahan Polis

Imam1

Trending

Padah Merempit Dan Buat Aksi Superman, Imam Terawih Ditahan Polis

Seorang imam surau antara lapan penunggang motosikal yang ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan yang dilakukan secara berasingan di Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Kesas pagi tadi.

BACA: Lelaki Berjubah Bawa Anak Buat Aksi ‘Wheelie’ Kena Tahan Polis!

Memetik laporan Sinar Harian, ketika ditahan lelaki berusia 20 tahun yang merupakan bekas pelajar tahfiz itu masih berpakaian jubah dan dipercayai baru selesai mengimamkan solat sunat terawih.

IKLAN
1657448

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, hasil pemantauan mendapati penunggang itu dan rakannya membuat aksi superman, bersaing sesama sendiri dan zig-zag yang berbahaya.

Aksi dua penunggang terbabit dikesan menerusi Ops Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman sebelum berjaya ditahan kira-kira jam 2 pagi.

Pihak polis turut menyita dua buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Dalam operasi pagi tadi, polis turut menahan enam lagi penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Kesas.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas