Connect with us

Oh! Media

Padah Hantar Gambar Lucah Dalam Telegram, Pemilik Akaun ‘Acap’ Didenda RM10,000

Trending

Padah Hantar Gambar Lucah Dalam Telegram, Pemilik Akaun ‘Acap’ Didenda RM10,000

Dengan adanya kemajuan teknologi hari ini, semuanya berada di hujung jari. Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita hendaklah memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan.

ADVERTISEMENT

Seperti kes yang dilaporkan Kosmo! ini, seorang lelaki didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram tiga tahun lalu.

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu imej yang lucah sifatnya dengan niat untuk menganiaya orang lain.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan nama akaun ‘Acap’ pada 8 Januari 2020, jam 1.57 pagi.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika gagal membayar denda yang dikenakan mahkamah, tertuduh berdepan hukuman penjara enam bulan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas