Connect with us

Oh! Media

Individu Cuba Masuk Kelantan Diarah Patah Balik Kerana Tak Lengkap Vaksinasi

cuba masuk kelantan

Trending

Individu Cuba Masuk Kelantan Diarah Patah Balik Kerana Tak Lengkap Vaksinasi

Semalam, kerajaan sudah membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi untuk melakukan aktiviti merentas negeri.

ADVERTISEMENT

BACA: Laluan Trafik Gua Musang Masih Tenang

Namun, ada seorang individu membuat cubaan masuk ke Kelantan walaupun masih belum lengkap dua dos vaksinasi. Difahamkan, dia bersama ahli keluarga diarah berpatah balik selepas pemeriksaan dijalankan.

Arah patah balik

cuba masuk kelantan

Menerusi laman Astro Awani, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, individu yang membawa ahli keluarga itu diarahkan untuk patah balik di sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Terengganu-Kelantan, di Bukit Yong, selepas polis mendapati dirinya tidak lengkap dua dos vaksinasi.

Di SJR Bukit Yong, telah dikesan mereka yang tidak lengkap dua dos vaksin. Baru terima satu dos sudah cuba nak balik masuk ke Kelantan dan kita arahkan supaya berpatah balik.

Kita juga tubuhkan 154 pasukan pemantau di seluruh Kelantan bagi memantau pusat rekreasi restoran dan awam lain. Harapan saya kepada orang ramai adalah supaya patuh pada ketetapan yang dibuat kerajaan.

Beliau menjelaskan bahawa ada peningkatan untuk kenderaan yang masuk ke Kelantan pada petang semalam sehingga mencapai 20 peratus. Aliran jalan raya itu melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.

Seramai 540 anggota polis Kelantan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menghadapi kepulangan penduduk dan perantau Kelantan.

Untuk yang belum lengkap dua dos tu, jangan cuba-cuba untuk merentas. Sia-sia je nanti kena patah balik.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas