Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Maut Gara-Gara Tegur Dada Wanita

tegur dada

Oh! Tidak

Seorang Lelaki Maut Gara-Gara Tegur Dada Wanita

Di Melaka, seorang lelaki maut dipercayai akibat ditikam selepas terlibat dalam satu pergaduhan.

Lapor Kosmo!, lelaki yang merupakan pengurus syarikat itu bermulut celupar apabila menegur saiz payudara seorang pelanggan wanita ketika makan di sebuah gerai makan.

Lelaki maut gara-gara tegur dada wanita

lelaki maut ditikam tegur dada

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka kira-kira jam 4 pagi. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa ke gerai makan bersama rakan untuk makan dan minum dalam keadaan mabuk.

Selesai makan, mangsa ada bercakap dengan rakan-rakannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita dan perkara itu telah didengari oleh pengawal peribadi wanita terbabit.

Pengawal peribadi wanita itu kemudian menegur sikap mangsa dan berlaku pertengkaran mulut sehingga membawa kepada tumbuk menumbuk.

Luka tikaman di jantung

lelaki maut

Mangsa yang cedera telah di bawa ke Hospital Melaka oleh rakannya dikenali sebagai Dass dan Sankar menggunakan kenderaan Ford Ranger.

Dia bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah luka tikaman di jantung.

Ujar Christopher Patit, seramai tujuh suspek telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas