Connect with us

Oh! Media

Orang Kampung Di Kelantan Mengadu Terpaksa Tampal Jalan Berlubang Dengan Baju Bundle

kelantan

Trending

Orang Kampung Di Kelantan Mengadu Terpaksa Tampal Jalan Berlubang Dengan Baju Bundle

Tempat korang tak ada jalan berlubang? Lemah! Kalau kita cerita pasal jalan berlubang ni memang sampai bila-bila pun takkan habis sebab terlalu banyak gais. Tersebar gambar jalan berlubang di Pasir Mas, Kelantan dan netizen melihat keadaan itu sangat daif dan tidak sepatutnya berlaku lagi di zaman moden ketika ini.

ADVERTISEMENT

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Kelantan State itu, jalan raya tersebut dilihat rosak teruk apabila ianya pecah pada bahagian tepi dan terdapat lubang besar hampir semua tempat.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila penduduk setempat mengambil inisiatif sendiri dengan menampal jalan berlubang dengan menggunakan pakaian terpakai atau ‘bundle’.

Assalamualaikum admin, ini gambar jalan kampung saya, teruk admin, jalan pun tutup lubang pakai baju ‘bundle’ (terpakai) je.

Lokasi Jalan Bukit Perah ke Cabang 4 Batu Karang. Kawasan daerah Pasir Mas, bawah Parlimen Rantau Panjang, DUN Bukit Tuku.

Sehubungan dengan perkongsian itu, ramai netizen meluahkan rasa sedih melihat kedaifan jalan tersebut dan menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil rakyat di kawasan tersebut agar bertindak segera bagi membaiki jika aduan itu benar.

Jalan Kelantan

Paling sedih tengok lubang tutup dengan baju bundle tu. Tolong panjangkan aduan ini kepada pihak PBT dan wakil rakyat dengan segera.- Tulis seorang netizen.

Biasalah jalan kampung, YB, wakil rakyat, pengarah, orang besar (VIP) tak lalu, semua pejam mata. Kesian penduduk kampung, patut YB kawasan ambil cakna hal ini.- Sahut seorang pengguna Facebook yang lain pula.

Kredit: Facebook Kelantan State

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas