Connect with us

Oh! Media

Omicron Belum Reda, Varian Baru IHU Pula Muncul?

IHU

Oh! Tidak

Omicron Belum Reda, Varian Baru IHU Pula Muncul?

Penularan Omicron masih berleluasa dan belum reda, kini Saintis di Perancis mengenal pasti satu lagi varian baru Covid-19, IHU yang didakwa memiliki 46 mutasi.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas Omicron, China Lapor Varian Delta Terbaharu, ‘Sub-Lineage AY.4’

Menerusi laporan Utusan, varian baru itu dikenali sebagai IHU atau B.1.640.2 dan difahamkan setakat ini varian ini sudah menjangkiti 12 orang di tenggara Perancis.

Varian ini tidak menular seperti varian lain

IHU

Kes pertama varian IHU ini melibatkan seorang pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat. Namun menurut pakar, varian ini mungkin tidak akan menular seperti varian lain, termasuk Omicron.

Individu yang dijangkiti varian IHU ini sudah menerima vaksin lengkap dan disahkan positif Covid-19 selepas tiga hari pulang dari Cameroon.

Pihak tertentu masih lagi meneliti jika varian ini boleh berjangkit atau berbahaya seperti varian Covid-19 yang lain.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari varian-varian Covid-19. Makin lama, makin banyak pula varian baru yang muncul. Tak harap banyak, semoga kita dapat sambut raya la tahun ini seperti tahun-tahun sebelum munculnya Covid-19.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas