Connect with us

Oh! Media

Niat Tanam 12 Pokok Ganja Hanya Suka-Suka Tapi Kena Penjara Seumur Hidup Pula

pokok ganja

Trending

Niat Tanam 12 Pokok Ganja Hanya Suka-Suka Tapi Kena Penjara Seumur Hidup Pula

Alahai awak ni, boleh pula bagi alasan sengaja suka-suka tanam pokok ganja erk. Bagilah apa alasan sekalipun, penanaman pokok ganja memang tidak dibenarkan di negara kita.

ADVERTISEMENT

BACA: Sindiket Tanam Pokok Ganja Dalam Premis Mewah Tewas, Nilai Rampasan Lebih RM500k!

Tapi itulah alasan yang diberikan seorang lelaki dan Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 6 sebatan atas kesalahan 2 tahun lalu.

Kejadian ini berlaku di kawasan rumah teres dua tingkat, Taman Mega Ria, Batu 3 Jalan Air Panas, Tawau pada 5.30 pagi 3 Ogos 2020. Ketika itu, sepasukan polis telah melakukan serbuan dan menahan pemilik rumah, Azril Surash Masree Samy.

Tertuduh didapati bersalah mengkikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 6B(3) Akta sama.

Terdahulu, pesalah mengakui dia tahu jenis pokok yang ditanam adalah ganja dan memaklumkan ia ditanam untuk suka-suka kerana minat dengan pokok. Namun alasan itu tidak boleh diguna pakai dan tidak kuat untuk lepas dari hukuman.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas