Connect with us

Oh! Media

Niat Suami Nak Cari Tukang Urut ‘Online’ Terbantut Lepas Lihat Gambar Isteri Dalam Laman Web

Oh! Tidak

Niat Suami Nak Cari Tukang Urut ‘Online’ Terbantut Lepas Lihat Gambar Isteri Dalam Laman Web

Hasrat seorang lelaki di Mumbai yang ingin mendapatkan perkhidmatan tukang urut secara atas talian terbantut selepas dia terjumpa gambar isterinya sendiri ketika melayari laman web berkenaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Plastik, Dipercayai Maut Ketika ‘Projek’ Dengan Isteri Orang

Memetik laporan India Today, difahamkan gambar isteri dan juga adiknya digunakan tanpa kebenaran sebelum dimuat naik di laman web tukang urut tersebut oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Lelaki itu kemudiannya memerangkap individu yang menggunakan gambar isteri dan adiknya itu dengan menghubungi nombor yang tertera di laman web tersebut dan meminta wanita yang menggelarkan namanya sebagai Reshma Yadav untuk berjumpa di sebuah hotel.

Tiba sahaja mereka di tempat yang dijanjikan, wanita tersebut sedar akan perbuatannya yang terbongkar itu lantas cuba untuk melarikan diri namun berjaya dihalang lelaki tersebut yang terus membawanya ke balai polis.

Reshma kemudiannya ditahan selepas disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang memuat naik gambar wanita cantik di laman web servis tukang urut.

Reshma kini dihadapkan ke mahkamah dan ditahan berhubung kes yang didakwa.

Kredit: India Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas