Connect with us

Oh! Media

Ngauman Harimau Resahkan Penduduk Di Taman Seremban 3

Oh! Tidak

Ngauman Harimau Resahkan Penduduk Di Taman Seremban 3

Harimau atau dikenali sebagai Pak Belang merupakan salah satu haiwan pemangsa yang terdiri daripada golongan kucing dan sangat merbahaya kepada manusia.

ADVERTISEMENT

BACA: Gempar Penemuan Harimau ‘Tercekik’, Disahkan Mati Akibat Dijangkiti Virus

Tidak dapat disangkal bahawa kewujudan haiwan itu memang ada di negara ini cuma jarang diperlihatkan oleh kerana ia merupakan jenis haiwan yang terancam kepupusan.

Ngauman harimau resahkan penduduk taman Seremban 3

Penduduk di Taman Seremban 3, Negeri Sembilan, kini bimbang dengan keselamatan mereka selepas terdapat dakwaan penduduk yang mendengar ngauman seakan harimau sejak semalam.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Khadijah Elias menyatakan dia mendengar bunyi tersebut pada pukul 8.30 pagi dari kawasan belukar berhampiran kawasan rumahnya.

Menceritakan tentang kejadian, Khadijah yang ketika itu ingin keluar dari rumahnya sebelum terdengar ngauman harimau itu sebanyak dua kali.

Saya terdengar bunyi ngauman harimau, saya dengar lebih dua kali kerana macam bunyi berdengung dan saya segera masukkan anak ke dalam kereta.

Saya masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil telefon kerana mahu merakam bunyi tersebut namun tidak sempat kerana bunyi tersebut sudah tiada lagi.

Saya terus menghubungi pihak Jabatan Perhilitan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menyiasat perkara itu.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa kawasan rumahnya itu kerap berbunyi salakan anjing pada pukul 2 hingga 3 pagi.

Seorang lagi penduduk tampil kongsikan pengalaman

Selain Khadijah, seorang lagi penduduk bernama Khairul Husni Shamsudin menyatakan bahawa dia turut mendengar bunyi seakan-akan ngauman harimau pada pukul 10.30 malam.

Ia seakan bunyi harimau mengaum, lama juga ia berbunyi, ia berhenti kemudian berbunyi semula, ia berulang-ulang.

Menurutnya lagi, semenjak sehari dua ini, tiada bunyi ngauman kedengaran, namun terdapat bunyi salakan anjing-anjing liar di kawasan perumahan yang dianggap luar biasa.

Hal itu kerana salakan tersebut seolah-olah haiwan tersebut menjumpai serta terserempak dengan sesuatu.

Perhilitan Negeri Sembilan jalankan langkah keselamatan

TIMBALAN Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, Ismail Abdullah (kiri) bersama Pembantu Hidupan Liar Perhilitan, Nor Azura Zakaria (kanan). (Sumber: Utusan Malaysia)

Menurut laporan Utusan Harian, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)  Negeri Sembilan telahpun menjalankan siasatan di kawasan tersebut.

Menurut pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang kesan tapak kaki haiwan berkenaan sebaliknya menjumpai kesan tapak kaki babi hutan di kawasan belukar tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya akan tetap memasang kamera perangkap bagi tujuan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

Setakat ini kami tidak boleh mengesahkan tanggapan penduduk itu namun sekiranya mereka ada terserempak dengan haiwan itu, segera hubungi Jabatan Perhilitan.

Buat masa ini, pihaknya turut menafikan kehadiran haiwan tersebut kerana mustahil ia akan berada di kawasan perumahan kecuali terdapat mangsa untuk diterkamnya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas