Connect with us

Oh! Media

Netizen Terkejut, Luaran Bangsal Nampak ‘Usang’ Tapi Dalam..Memang Ajaib!

bangsal

Trending

Netizen Terkejut, Luaran Bangsal Nampak ‘Usang’ Tapi Dalam..Memang Ajaib!

Tular di media sosial, video sebuah bangsal yang luarannya kelihatan uzur dan usang, tapi dalamannya memang luar biasa! Inilah yang dikatakan Don’t judge a book by it’s cover.

ADVERTISEMENT

BACA: Tandas Awam Di Kelantan Boleh Minum Kopi Dan Tonton TV?

Menerusi Harian Metro, Baharuddin Mamat yang merupakan pemilik Bangsal Jerenggen menyatakan bangsal tersebut dibina dengan harga RM11,000 dan dijadikan sebagai tempat berehat untuk dirinya, pekerja dan para pelanggan yang datang ke gerai makan miliknya.

Ramai terkejut tengok tandas

@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Baharuddin yang memiliki kedai makan di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu mengatakan tercetusnya idea untuk mengubah suai ruangan bangsal tersebut sejak tiga tahun lalu. Semua susun atur di dalam bangsal itu mengikut citarasanya sendiri.

Tak sangka ramai yang terkejut melihat bangsal ini kerana orang ramai yang datang ke kedai tidak menyangka ruangan dalamannya tidak seperti bahagian di luar.

Biasanya orang akan membuat ubah suai pada bahagian luar bagi memperlihatkan sesebuah binaan sempurna namun saya tidak berbuat demikian kerana ruangan dalaman lebih penting kerana ia dapat memberi keselesaan apabila berehat atau beribadat.

Jika tandas di kedai makannya penuh, Baharuddin akan meminta pelanggan untuk masuk ke dalam bangsal dan kebanyakannya terkejut melihat keindahan bangsal tersebut yang luarannya kelihatan seperti rumah usang.

Ramai yang terpegun dengan keindahan bangsal tersebut. Yela, siapa sangka bangsal yang luarannya kelihatan seperti usang tapi bila masuk, seperti hotel lima bintang!

Bagusnya pendirian Baharuddin ni, beliau tidak kisah akan penampilan luaran, malah mementingkan keselesaan dan kebersihan sesuatu tempat itu. Kalau luar cantik tapi dalam kotor pun tak guna kan?

Haa siapa yang ada dekat Terengganu tu, bolehlah singgah ke kedai makan Baharuddin ni dan lihat sendiri Bangsal yang dibinanya itu dan jangan lupa ambil gambar okay!

Kredit: Harian Metro | Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas