
Oh! Tidak
Netizen Kecam Silibus Darjah 6 Makin Mengarut, Takkan Budak Nak Belajar Hal Dewasa?
Oleh
Tular di media sosial, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menambahbaik silibus subjek Matematik darjah 6 dan mendapat kecaman hebat dari netizen kerana silibus yang ditambah itu dikatakan ‘merepek.’
BACA: Cetus Kebimbangan, Seorang Guru Dedah Silibus ‘Melampau’ Murid Darjah Satu?
Menerusi Twitter @akhifairuz_, silibus Matematik yang baru diperkenalkan kelihatan sangat tidak masuk akal dan boleh membuat budak-budak hilang minat untuk belajar apabila silibus yang disediakan terlalu berat.
Darjah 6 dah kena belajar insurans dan takaful
Silibus Matematik tahun 6 yang makin mengarut!! Entah apa yang KPM fikir pun tak tahu. Habis minat budak-budak nak belajar bila segala masalah orang dewasa disumbat dalam silibus mereka!#SilibusKarut pic.twitter.com/ZgUH7SXc5T
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 8, 2022
Antara penambahan yang ditunggu-tunggu buat silibus subjek Matematik Tahun 6 bagi sesi 2022 adalah murid diperkenalkan dengan insurans dan takaful. Apabila dua perkara ini ditambah dalam silibus, murid dapat menatakan tujuan dan kepentingan perlindungan insuran dan takaful.
Menerusi hantaran dari Twitter tersebut, murid tahun 6 2022 adalah batch pertama yang menggunakan silibus baru KSSR Semakan 2017.
Mohd Fadli Salleh yang memuat naik hantaran di Facebook berkenaan dengan silibus baru murid tahun 6 ini mempertikaikan kenapa mereka perlu belajar mengenai insurans dan takaful? Sepatutnya mereka perlu fokus dan mahirkan mengenai pembelajaran yang asas sahaja.
Apabila terlalu banyak perkara perlu difahamkan dan murid-murid perlu belajar lebih dari yang sepatutnya, minat mereka berkemungkinan akan hilang dan membuatkan mereka malas nak belajar kerana terlalu banyak perkara yang perlu difahamkan.
Dah form 1 tapi lemah topik asas
Apabila terlalu banyak perkara yang perlu difahamkan dan belajar, murid-murid akan kehilangan fokus terhadap topik asas. Sebagai contoh, hantaran yang ditulis oleh Mohd Fadli Salleh menyatakan guru-guru sekolah menengah kebanyakannya pening apabila pelajar form 1 ada yang masih lemah dan teruk dengan silibus-silibus asas.
Silibus yang terlalu berat tidak dinafikan akan membuatkan pelajar stress dan bukan saja menyeksakan mereka tetapi para guru juga.
Cikgu Fadli Salleh juga ada menyatakan beliau cuba hubungi pihak KPM tapi tak ada yang menjawab.
Sebagai ejen takaful, aku pun facepalm.. ajar benda2 celik kewangan ni di silibus form 4 n form 5 la.. klu x sambung study , most of them akan start alam pekerjaan… sesuai la for them.. darjah 6? Nak bagi project buku teks kat sapa pulak? Nak tambah berat beg?
— 🏴 AMazing l TAKAFULution 🪐 🏴 (@iAMazmar) February 8, 2022
Ada juga ejen takaful yang pelik dengan tindakan KPM yang menambah silibus insurans dan takaful untuk murid darjah 6. Katanya, ia hanya menambahkan berat beg dan beban kepada pelajar.
Agree. Memang ada soalan mengarut dalam silibus sekolah rendah. Jenuh nak explain apa itu faedah n pelaburan. Bukan tu ja, cuba tengok buku sains. Term2 nya aduhai, wpun term itu betul, tapi murid2 tak faham. Penulis silibus tak tahu beza antara KBAT & soalan tak sesuai.
— Amni (@Amni_lemon) February 8, 2022
Harap pihak KPM dapat mengambil kira atas komen-komen ibu bapa dan para guru yang mengajar di sekolah. Sepatutnya, pihak atasan perlu memberikan silibus yang terbaik dan sesuai dengan umur para pelajar. Janganlah menambah beban murid-murid dengan silibus yang tidak sepatutnya dan tidak penting.
Kredit: Twitter
