Connect with us

Oh! Media

Netizen Dakwa Mohamad Sabu Padam Respon Awal Titah Sultan Dengan Yang Lain

Trending

Netizen Dakwa Mohamad Sabu Padam Respon Awal Titah Sultan Dengan Yang Lain

Hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah memutuskan untuk tidak meluluskan cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melaksanakan darurat.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, pada waktu ini netizen tertumpu pula pada kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang sebelum ini telah menaikkan kenyataan yang berbeza pada awalnya dan kemudiannya menukar dengan kenyataan yang lain bagi memberi respon berkenaan perkara ini.

Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung kasih di atas keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Majlis Raja Raja Melayu yang menolak permohonan Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar darurat di istiharkan di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Parti AMANAH meyakini bahawa keputusan ini telah dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan dengan mengambilkira kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya dan kelangsungan kemakmuran negara.

Parti AMANAH mengambil menjunjung kasih titah Baginda dan akan menyokong segala usaha memerangi Covid-19 dan berjanji akan bersama sepenuhnya dalam usaha ini.

Ini adalah kenyataan rasmi dan mungkin ada antara korang yang ada melihat kenyataan awal yang telah dipadam oleh Mat Sabu.

Apa-apapun ini adalah satu keputusan yang terbaik dan diharapkan orang politik tidak lagi menggunakan waktu ini untuk berpolitik. Berikan fokus sepenuhnya kepada menangani wabak pandemik Covid-19.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas