Connect with us

Oh! Media

“Nanti Bagi Resit Ya” – ‘Bridesmaid’ Pelik Pengantin Minta Bayar RM500 Untuk Beli Baju

Trending

“Nanti Bagi Resit Ya” – ‘Bridesmaid’ Pelik Pengantin Minta Bayar RM500 Untuk Beli Baju

Akhir-akhir ini, kita dapat lihat ramai yang mula menganjurkan majlis perkahwinan setelah hampir dua tahun majlis keramaian tersebut tidak dapat dilakukan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ni Baru Betul Hadiah Kahwin” – Netizen Puji Rakan Pengantin Beri Barang Keperluan Harian Sebagai Hadiah

Sudah tentu, mereka yang bergelar pengantin pasti akan meminta saudara mara terdekat ataupun rakan rapat untuk menjadi ‘bridesmaid’ sewaktu majlis persandingan mereka nanti.

Minta ‘bridesmaid’ bayar RM500 untuk sumbangan dan baju

Terbaru, seorang wanita bernama Aqila Johan tidak ketinggalan berkongsi rasa gembiranya dijemput untuk menjadi ‘bridesmaid’ di majlis perkahwinan seorang rakannya.

@aqilajohan I dont know la… #majliskahwinkaukan @zalinajenner ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

Namun, apa yang menghairankan Aqilah ialah, dia diminta untuk memasukkan sejumlah wang bernilai RM500 sebagai sumbangan serta perlu membeli sendiri baju ‘bridesmaid’ yang bakal dipakai sewaktu majlis perkahwinan rakannya itu.

Oh satu perkara lagi, I perlukan RM500 setiap seorang untuk ‘sumbangan’ dan baju bridesmaid, I cuma bagitahu warna apa. Bila dah bank in, bagi resit eh babe.

Aqila kemudiannya membuat keputusan untuk tidak menerima jemputan untuk menjadi ‘bridesmaid’ di majlis perkahwinan rakannya itu.

Ni kawan ke scammer?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen pelik dengan permintaan rakan kepada Aqila itu dan mengecam tindakannya yang meminta wang sumbangan untuk majlis perkahwinannya.

Korang nanti kahwin jangan buat macam ni tau.

Kredit: TikTok aqilajohan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas