Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Murid Digigit Guru Lelaki Di Bibir Hilang Selera Makan, Emosi Terganggu

Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan tentang perkongsian seorang ibu yang mendakwa ada guru lelaki telah menggigit bibir anaknya ketika berada di sekolah.

BACA: Anak Trauma Ke Sekolah, Ibu Dedah Rupanya Ada Cikgu Lelaki Gigit Bibir Anaknya 

IKLAN

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pelajaran dan akan menyiasat perkara ini dengan teliti. Terbaru, ibu kepada murid berusia enam tahun itu memaklumkan anaknya kini seringa mengamuk, berguling-guling dan tidak mahu ke sekolah kerana takut.

Sebagai ibu, saya bimbang melihat keadaaan anak selepas kajadian yang berlaku Khamis lalu.

Kebiasaanya dia seorang yang ceria. Saya telah berjumpa pihak pentadbiran sekolah dan akan mengambil tindakan undang-undang di atas apa yang berlaku.

Ibu kepada empat orang anak ini turut berharap agar pihak pentadbiran sekolah dapat menukar guru lelaki berusia 40-an. Ini kerana dia tidak akan memindahkan anak ketiganya itu ke sekolah lain.

Tindakan guru lelaki itu yang menggigit dan menarik bibir anaknya sukar diterima apabila memikirkan risiko penyakit berjangkit yang boleh disebabkan oleh air liur.

Sebagai seorang ibu juga dia tidak kisah anaknya didenda dan dirotan jika lakukan kesalahan.

Kredit: Sinar Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas