Connect with us

Oh! Media

Muatnaik ‘Quotes’ Di IG Story, Anak Najib Pertikai Keputusan Mahkamah?

Trending

Muatnaik ‘Quotes’ Di IG Story, Anak Najib Pertikai Keputusan Mahkamah?

Pagi tadi kita dikhabarkan dengan satu berita bahawa peguam bela kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik ingin menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu sekiranya permohonan untuk menangguhkan kes ini ditolak pihak mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA: Rayuan Kes Ditolak, Peguam Najib Ingin Undur Diri

Difahamkan bahawa Hisyam Teh membuat permohonan untuk menangguhkan kes rayuan ini adalah kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat sebarang persiapan.

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Hisyam Teh

Namun, laporan daripada Sinar Harian memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan tersebut.

Menurut Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, peguam bela kekal dalam rekod mahkamah demi kepentingan keadilan.

Kami dengan ini sebulat suara berpandangan bahawa berdasarkan fakta, peguam gagal memberikan alasan yang mencukupi untuk menarik diri, maka permohonan itu ditolak.

Difahamkan juga, penolakan permohonan itu dilakukan adalah untuk memastikan peguam bertindak dalam keadaan yang sepatutnya.

Anak Najib pertikai keputusan mahkamah?

Dalam pada itu, anak kepada Datuk Seri Najib, Nooryana Najib ada memuat naik satu kiasan berbahasa Inggeris menerusi Instagram storynya yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat pihak mahkmah.

Walaubagaimanapun, hantaran yang dimuatnaiknya itu dipercayai telahpun terpadam atas faktor mengelirukan daripada pihak Instagram.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pengakhiran kes perbicaraan Datuk Seri Najib ini.

Kredit: Sinar Harian | Twitter Hadi Azmi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas