Connect with us

Oh! Media

Model Sambilan Tergamak Tikam Teman Lelaki Sampai Mati Sebab Curang

Model sambilan tikam teman lelaki ohmedia

Oh! Tidak

Model Sambilan Tergamak Tikam Teman Lelaki Sampai Mati Sebab Curang

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita yang juga merupakan model sambilan tergamak menikam teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang jurugambar. Apa kes?

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada Isnin lepas.

Pihak Hospital Cyberjaya telah melaporkan kepada pihak polis yang mereka terima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh.

IKLAN

Bantuan pernafasan kecemasan (CPR) juga telah dibuat dalam masa 30 minit oleh pengadu tapi mangsa berusia 26 tahun itu tidak memberi sebarang tindak balas.

Bukan tu jer, di bahagian pergelangan tangan kiri dan kanan mangsa juga ada luka tikaman dipercayai ditikam dengan sebilah pisau.

Kemudian, teman wanita mangsa yang juga berusia 26 tahun itu telah ditangkap pihak berkuasa di kawasan hospital tersebut.

Hasil semakan, wanita berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya.

Model sambilan itu direman enam hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati.

Kredit: Harian Metro Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas