Connect with us

Oh! Media

“Kes JAIS Je Pun” – Nur Sajat Dedah Diri Bukan Pelarian

Trending

“Kes JAIS Je Pun” – Nur Sajat Dedah Diri Bukan Pelarian

Sehingga ke hari ini, nama Nur Sajat semakin menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat selepas terhimpit dengan pelbagai kontroversi.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Buru Sajat, Bantu Siasatan Kes Penipuan Maklumat Kad Pengenalan

Sebelum ini, usahawan kosmetik itu mengaku tidak bersalah di hadapan Mohammad Khalid atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita pada 6 Januari yang lalu.

Kesalahan itu terjadi di Nursajat Beauticion, Seksyen 16, sehingga menyebabkan nama agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Nur Sajat ulas diri bukan pelarian

Baru-baru ini, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah memuat naik sebuah video di laman Facebook yang menegaskan bahawa dirinya bukannya seorang pelarian.

Pasal apa aku nak jadi pelarian? Pasal kes JAIS ke?

Menerusi video itu, usahawan itu berkata bahawa dia kini menjalani kehidupan seperti biasa dan cuma enggan pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah.

Tak perlu asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan. Pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja. .

Kecoh sebab selebriti

Selain itu, dia juga turut mendedahkan bahawa perkara yang menimpa dirinya tidaklah seteruk yang disangka, cuma dirinya yang bergelar selebriti.

Sebab aku ni retis (selebriti), sebab tu benda jadi kecoh

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen bertindak mengecam kenyataan usahawan kosmetik itu selain turut menyarankan agar menyerahkan diri secepat mungkin.

Video yang dimuat naik itu setakat ini telah mencapai 14,000 tontonan serta mendapat 313 tanda suka.

Kredit: Facebook Nur Sajat I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas