Connect with us

Oh! Media

Menyesal Tinggal Rakyat Ketika Banjir, MB Terengganu Mohon Maaf

Trending

Menyesal Tinggal Rakyat Ketika Banjir, MB Terengganu Mohon Maaf

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan berada di Auckland, New Zealand tatkala rakyatnya menghadapi bencana banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: “Urusan Banjir Di Sini Terkawal” – Hanafiah Mat Sahkan MB Terengganu Akan Balik Dari New Zealand Segera

Perkara itu mula menjadi bualan warganet yang begitu kecewa dengan Ahmad Samsuri yang dianggap tidak mengutamakan rakyat yang sedang dalam kesusahan berdepan dengan banjir.

MB Terengganu menyesal, buat permohonan maaf

Terbaru, Samsuri yang juga merupakan Naib presiden PAS tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas ketiadaannya di negeri itu ketika rakyat menghadapi banjir selama empat hari yang lalu.

Menerusi hantaran dimuat naiknya di Facebook, Samsuri meluahkan rasa kesalnya dan mengakui bahawa dirinya tidak perlu memberi sebarang alasan kerana tidak bersama dengan rakyat dalam tempoh bencana tersebut.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal saya tak terhingga saya kerana tak dapat bersama mangsa-mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 haribulan.

Saya faham walaupun penjelasan yang diberikan tidak bermakna apa apa kepada rakyat terutama mangsa banjir. Walaupun saya berada di luar negara, (saya) sentiasa meneliti suasana yang berlaku setiap masa.

Dalam pada itu, Samsuri menjelaskan bahawa beliau meneruskan perjalanan ke luar negara selepas mendapati berlakunya penurunan mangsa banjir selepas bersama rakyat pada fasa pertama Monsun Timur Laut (MTL) pada 9 dan 10 Disember yang lalu.

Susulan daripada itu, beliau memohon maaf atas tindakannya itu terhadap kesemua mangsa banjir yang terjejas dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Kredit: Twitter | Facebook Ahmad Samsuri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas