Connect with us

Oh! Media

Menteri Besar Nasihat Tangguh Perancangan Pulang Ke Kelantan Bagi Yang Belum Lengkap Vaksin

Kelantan

Trending

Menteri Besar Nasihat Tangguh Perancangan Pulang Ke Kelantan Bagi Yang Belum Lengkap Vaksin

Rakyat Kelantan yang masih belum melengkapkan vaksinasi dinasihatkan untuk menangguhkan perancangan untuk pulang ke kampung setelah kebenaran rentas negeri dilaksanakan nanti.

ADVERTISEMENT

BACA : “Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri” – Khairy Jamaluddin

Menurut laporan Berita Harian, walaupun rindu akan ibu bapa, keluarga dan saudara-mara yang berada di kampung, lagi penting sekiranya mereka melengkapkan dos kedua vaksin dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Bukan tu jer, golongan itu juga disarankan untuk melakukan saringan melalui kit ujian kendiri sebelum rentas negeri dan memastikan tiada sebarang gejala.

Sekiranya bergejala, saya mohon jangan balik lagi dan bertenang dahulu serta patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah penularan pandemik.

Jangan pentingkan diri! Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar risiko untuk dijangkiti wabak yang melanda berkurangan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas