Connect with us

Oh! Media

“Memang Suka Acah Kaya Yer?”- Wanita Ini Dikecam Pandang Rendah Orang Kerja Penghantar Makanan

rider

Trending

“Memang Suka Acah Kaya Yer?”- Wanita Ini Dikecam Pandang Rendah Orang Kerja Penghantar Makanan

Dengki ke? Janganlah kita pertikaikan sampai macam tu sekali tentang rezeki orang lain macam kakak ni. Entah kenapa kakak ni rasa tak puas hati dengan orang yang memilih untuk kerja sebagai seorang penghantar makanan.

ADVERTISEMENT

Tersebar satu hantaran dekat Facebook menunjukkan seorang wanita berkongsi gambar seorang penghantar makanan lelaki menggunakan sebuah basikal mahal jenama Specialized Shiv.

Difahamkan, harga bagi sebuah basikal Specialized Shiv itu boleh mencecah RM20,000 hingga RM50,000 mengikut model tertentu dan belum termasuk aksesori lain.

“Orang yang kerja Foodpanda ni memang suka acah kaya ye? Berapa sangat gaji korang?” – Kata wanita tu.

Malah, wanita itu turut mendakwa lelaki itu hanya meminjam basikal orang lain kerana meragui pendapatan mereka.

“Aku yang kerja gomen pun kena saving 10 bulan baru dapat basikal ni.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam kenyataan yang dikeluarkan wanita itu kerana seolah-olah merendahkan pekerjaan dan pendapatan orang lain.

Sekarang bukan nampak masalah gaji siapa lagi besar tapi otak siapa lagi luas.- Netizen.

Dah 2022 ni tak sangka ada lagi mindset, asal kerja goverment je paling hebat, orang yang kerja sendiri macam ni pada mata diorang tak boleh cari duit lebih.. Kalau masih fikir macam tu maknanya otak masih lemah dan sel-sel tak berhubung dengan baik.- Netizen.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas