
Oh! Tidak
Terkini! Mayat Mangsa Tanah Runtuh Ke-26 Ditemui
Oleh
Hari ini merupakan hari keenam bagi misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan terletak di Batang Kali.
BACA: Waris Mangsa Tanah Runtuh Kesal, Ada Pihak Ambil Kesempatan Sumbangan Dana
Terbaru, pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya menjumpai satu lagi mayat dan menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi ini bertambah menjadi 25 orang.
Mayat kanak-kanak perempuan dijumpai bersama beg dan komputer riba
Menurut Bernama, mayat tersebut merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun.
Mayat mangsa ke-25 ditemui bersama tiga buah beg pakaian dan laptop namun tiada pengenalan diri.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 21, 2022
Mayat mangsa kini dihantar di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan proses pengecaman pic.twitter.com/GYlXBT2ptA
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah memaklumkan bahawa mangsa yang ke-25 itu ditemui dalam keadaan memakai pakaian berwarna merah jambu bersama tiga buah beg pakaian dan laptop.
Namun begitu, tiada pengenalan diri yang dijumpai bersama mangsa.
Mayat tersebut telah pun dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat dan pengecaman.
Mayat ke-26 ditemui
Terbaru, pasukan penyelamat sudah pun menemui satu lagi mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa. Baki 7 lagi mangsa masih hilang.
Kredit: Bernama
