Connect with us

Oh! Media

Mayat Lelaki Dan Wanita Ditemui Rentung Dalam Pondok Pengawal

Oh! Tidak

Mayat Lelaki Dan Wanita Ditemui Rentung Dalam Pondok Pengawal

Malam tadi, dua mayat rentung telah ditemui dalam pondok pengawal keselamatan yang telah terbakar di Taman Bayam Indah, eh betul ke?

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta Terbakar Tepi Jalan, Mayat Lelaki Ditemukan Rentung

Difahamkan, pondok pengawal itu diperbuat daripada kontena dan telah menemukan dua mayat masing-masing seorang lelaki dan wanita.

Mayat rentung

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak mereka telah menerima panggilan yang memaklumkan mengenai kebakaran itu pada jam 10.56 malam.

Ketika memadam kebakaran anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung dalam kontena terbabit. Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat

Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan dan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kejadian.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas