Connect with us

Oh! Media

Mat Saleh Datang Malaysia Nak ‘Travel’ Tapi Akhirnya Mengemis, Netizen Perlu Adu Pada Siapa?

pelancong

Oh! Travel

Mat Saleh Datang Malaysia Nak ‘Travel’ Tapi Akhirnya Mengemis, Netizen Perlu Adu Pada Siapa?

Tiap kali lepak Kuala Lumpur terutamanya di sekitar Bukit Bintang, mesti korang akan terserempak dengan pelancong luar negara yang datang untuk menikmati suasana ibu kota negara kita.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, apa yang agak menyedihkan bila ada pelancong asing yang datang tapi akhirnya memilih untuk mengemis mendapatkan wang untuk membeli tiket pulang dan makanan.

Mat Saleh tak rasa malu mengemis untuk melancong…

Lebih menyakitkan mata bila sesetengah pelancong ini seakan-akan tidak segan silu meminta wang daripada orang yang lalu lalang meskipun mampu untuk berjalan dan merantau ke negara orang.

Perkara ini dikongsi pengguna Twitter memaparkan pasangan pelancong mat saleh yang mengemis di tepi jalan. Pasangan lelaki dan perempuan itu berselindung di sebalik payung sambil bermain telefon bimbit.

Antara persoalan yang dibangkitkan individu itu adalah kepada siapa dan di mana tempat kita sebagai rakyat boleh buat aduan. Adakah kepada pihak polis, DBKL ataupun Imigresen?

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendedahkan bahawa pasangan itu sebenarnya sudah biasa kelihatan di kawasan itu dan meminta duit dengan cara mengemis.

mat saleh

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas