Connect with us

Oh! Media

Mangsa Jatuh Lubang Perigi Disahkan Meninggal Dunia, Haidar Ikut Rayan Ke Syurga

haidar

Trending

Mangsa Jatuh Lubang Perigi Disahkan Meninggal Dunia, Haidar Ikut Rayan Ke Syurga

Satu lagi berita sedih diterima seluruh dunia hari ini apabila kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dikenali sebagai Haidar telah disahkan meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

Sejak Selasa lalu, Haidar dilaporkan terjatuh ke dalam perigi sedalam 10 meter di perkampungan Afghanistan. Kes ini seakan sama dengan apa yang terjadi ke atas arwah Rayan sebelum ini.

Pasukan penyelamat berusaha keras mengeluarkan mangsa selama 70 jam lamanya dan apabila pasukan menyelamat berjaya menarik keluar Haidar dari perigi petang tadi, didapati mangsa tidak memberikan tindak balas dan tidak bernafas.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Haidar telah jatuh ke dasar perigi tapi berjaya ditarik bapanya sehingga kedalaman 10 meter seblum tersangkut. Ketika itu, tangisan sayup mangsa masih didengari dan bapanya cuba menenangkannya.

Jangan menangis Haidar, ayah tahu kamu takut, jangan risau, teruskan bercakap dengan ayah. – Pujuk ayahnya.

Pemergian Haidar disahkan Kementerian Dalam Negeri

Dengan dukacita ingin dimaklumkan Haidar sudah meninggalkan kita semua. – Anas Haqqani.

Berihatlah adik Haidar bersama Rayan di syurga Allah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas