Connect with us

Oh! Media

Mangsa Ditendang Harap Anak Tiri Dipenjara Dan Masuk Wad Psikiatri

keganasan

Trending

Mangsa Ditendang Harap Anak Tiri Dipenjara Dan Masuk Wad Psikiatri

Semalam kita semua berasa terkejut bercampur perasaan geram selepas melihat video menunjukkan seorang warga emas telah ditendang seorang lelaki. Hasil siasatan mendapat suspek adalah anak tiri kepada mangsa dan bertindak sedemikian kerana tidak diberikan duit untuk membeli dadah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Puas Hati Tengok Dia Kena Tibai” – Orang Kampung Serang Lelaki ‘Tendang’ Kepala…

Kejadian itu berlaku di Kampung Ruat, Kedah dan mangsa yang ditumbuk dan ditendang berharap agar anak tirinya itu dipenjara dan dimasukkan ke wad psikiatri.

Mangsa, Nordi Ahmad yang berusia 71 tahun tinggal bersama isterinya, Salmiah Man, 50 tahun dan anak tirinya sukar dikawal.

Saya juga mahu dia diberikan rawatan di wad psikiatri kerana tahap mentalnya semakin teruk sejak terlibat dengan dadah dan kegiatan menghidu gam beberapa tahun lalu.

Sebelum ini kami telah melakukan pelbagai cara untuk mengawalnya termasuk membuat laporan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan melaporkan kepada pihak polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini apa yang berlaku sebenarnya

Berdasarkan keterangan mangsa, sebelum kejadian anak tirinya meminta wang sebanyak RM50 untuk membeli dadah dan turut meminta mangsa hantar dia ke Hospital Yan untuk mengambil ubat penyakit mental dialaminya.

Mangsa kemudian menolak permintaannya dan ketika itulah dia mula mengamuk dan mencederakan mangsa sebelum melarikan diri. Isteri mangsa memaklumkan anaknya itu kini tinggal bersama bekas suaminya di kampung sama.

Setiap hari dia akan datang makan di sini selain meminta wang untuk kegunaan hariannya dan pulang bermalam di rumah yang didudukinya seorang diri.

Kecederaan mangsa di bahagian telinga dan dada juga semakin pulih selepas serangan itu. Ketika ini polis sedang melakukan siasatan di mana suspek kini direman selama tiga hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas