Connect with us

Oh! Media

Malaysia Tambah Pfizer Untuk Vaksinasi Kanak-Kanak

kanak-kanak

Trending

Malaysia Tambah Pfizer Untuk Vaksinasi Kanak-Kanak

Malaysia kini akan melakukan pembelian vaksin jenis Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Saintis Cipta Satu Vaksin Untuk Lawan Semua Koronavirus?

Kadar vaksinasi bagi remaja yang berjaya mendapatkan dua dos lengkap telah mencapai 62 peratus, dan kali ini kerajaan akan mula membeli vaksin untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak

Menerusi laman twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pihaknya akan melihat bekalan vaksin lain seperti Sinovac yang kini berada pasaran untuk dimasukkan ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak.

Menerusi keputusan panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) yang mengesyorkan suntikan Pfizer bagi individu berusia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan teruskan usaha perolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

Kita juga akan meneliti pilihan bekalan lain seperti Sinovac.

Menurut Harian Metro, Panel FDA telah mengesyorkan vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas penelitian mendapati suntikan pelalian itu melebihi risiko.

Khairy juga menyatakan keyakinannya terhadap pembukaan sekolah selepas pemberian vaksin kepada remaja semakin meluas.

Sebanyak 82.4 peratus daripada remaja di negara ini menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos, manakala 62 peratus mendapat dos lengkap.

Ini bermakna #PembukaanSemulaSekolah secara selamat.

Semoga semua penduduk di Malaysia cepat mendapatkan suntikan vaksin dan sama-sama kita melawan virus Covid-19. Bagi yang belum mendapatkan suntikan vaksin, cepat-cepat jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas