Connect with us

Oh! Media

“Mak Bapak Kau Mana Dikk” – Netizen Geram Ibu Bapa Tak Hirau Anak Gaduh Sampai Koyak Baju!

koyak baju

Trending

“Mak Bapak Kau Mana Dikk” – Netizen Geram Ibu Bapa Tak Hirau Anak Gaduh Sampai Koyak Baju!

Tular di media sosial Twitter, sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah kawasan permainan indoor dan keadaan di sana jadi tak terkawal apabila berlaku pergaduhan antara kanak-kanak tersebut sehingga koyak baju.

ADVERTISEMENT

BACA: Sikit Lagi Nak Kena Langgar, Netizen Geram Lihat Budak Lari Melintas Jalan Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Rakaman CCTV yang tular itu menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya geram dengan sikap ibu bapa yang tidak kisah dengan sikap anak-anak mereka apabila bermain.

Dalam video tersebut, kita dapat lihat seorang budak lelaki berbaju putih dipukul oleh beberapa orang budak lain sehingga bajunya terkoyak.

Pada mulanya, budak lelaki yang menjadi mangsa itu sempat melakukan aksi ‘helikopter’ untuk mengelakkan diri dipukul oleh kanak-kanak yang lain namun selepas itu, dia ditarik dan digasak sehingga membuatkan ibu bapa geram melihat tingkah laku kanak-kanak tersebut.

Ramai netizen yang tidak puas hati dengan ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain tanpa diawasi di playground. Pada mereka, ibu bapa sepatutnya beri perhatian dan memarahi anak-anak jika mereka buat perkara yang tidak sepatutnya.

Anak-anak perlu dibentuk dari kecil lagi untuk menjadi seorang yang ‘berguna’. Kalau dari kecil dah pandai pukul anak orang, dah besar nak jadi apa? Hal ini merisaukan para ibu bapa kerana takut anak-anak itu akan jadi pembuli pada masa depan jika perangai itu dibiarkan dan tidak dibetulkan.

Kredit: Beautifulnara | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas