Connect with us

Oh! Media

Majlis Kahwin 8.34 Juta, Anak Bill Gates Kahwini Pemuda Muslim

bill gates

Oh! Tidak

Majlis Kahwin 8.34 Juta, Anak Bill Gates Kahwini Pemuda Muslim

Bill Gates merupakan pengasas Microsoft Corporation dan tersenarai sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut.

ADVERTISEMENT

BACA: Bill Gates Individu Ke-3 Terkaya Dunia Kongsi Kesilapan Terbesar Dirinya

Anak perempuan sulung Bill Gates, telah berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York.

Majlis mengikut Islam

bill gates

Menurut Sinar Harian, Jennifer, 25, melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Mesir, Nayer Nassar, 30, dalam satu majlis mengikut Islam yang diadakan secara kecil-kecilan dan secara rahsia.

Status Jennifer masih tidak diketahui sama ada sudah menganut islam atau tidak walaupun majlis itu dibuat secara Islam.

Majlis kecil-kecilan itu diadakan di ladang kuda yang menjadi milik anak perempuan Bill Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York. Majlis secara besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu dihadiri dalam kira-kira 300 orang tetamu.

Mendapatkan vaksin sebelum hadir

Anak kepada Bill Gates ini meminta sesiapa yang hadir ke majlis perkahwinan mereka untuk mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama Nayer Nassar.

Satu majlis makan tengah hari telah diadakan di sebuah restoran pada Ahad lalu selepas selesai majlis perkahwinan.

Majlis perkahwinan besar-besaran yang dilakukan pada hari Sabtu itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira AS$2 juta atau bersamaan RM8.34 juta.

Bill Gates merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan yang dianggarkan AS$132 billion iaitu RM550.64 billion. Mentua kepada anak perempuan Gates juga merupakan jutawan di Mesir.

Suami Jennifer pernah mewakili Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian dan yang terbaharu, mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun. Jennifer dan suaminya berkenalan ketika mereka menuntut di Universiti Stanford.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top