Rasa macam mustahil jer nak samakan tarikh lahir setiap anak-anak yang dilahirkan. Jika ia berlaku dalam dalam dua atau tiga orang anak mungkin boleh terjadi tetapi ini empat orang anak.
Kisah yang menakjubkan ini dikongsikan pasangan suami isteri dari Singapura apabila dianugerahkan empat orang cahaya mata dengan tarikh lahir yang sama.
Suami, Salihin Ahmad Perbah, 49 tahun dan isteri, Khairunnisa Abdul Karim, 39 tahun sememangnya tidak terfikir sama sekali untuk mendapat kelahiran anak pada setiap 6 September.
Menariknya, empak orang anak mereka yang dilahirkan pada 6 September ini bukanlah kembar tetapi dilahirkan pada tahun berbeza.
Difahamkan, anak sulung mereka, Shahin Khalish, 12 tahun dilahirkan pada tahun 2011, Sairish Khaila, 10 tahun (2013), Shaila Kheisha, 8 tahun (2015) dan Shaira Khaira dilahirkan pada 6 September tahun ini.
Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan, Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.
Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama.
Setiap kali kami menyambut hari lahir memang meriah, terutama sekali (selepas anak) yang ketiga. Hadiah yang kami dapat hampir-hampir setengah bilik mereka.
Salihin dan Khairunnisa turut merancang untuk membawa keempat anak mereka meraikan hari lahir dengan bercuti tahun hadapan.
Kredit: mediacorp.sg
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.