Connect with us

Oh! Media

Jadi Tempat Berlindung Long Tiger, Wanita Dedah Suasana Rumah ‘Wanita Jadian’ Sejak 10 Hari Lalu

Oh! Tidak

Jadi Tempat Berlindung Long Tiger, Wanita Dedah Suasana Rumah ‘Wanita Jadian’ Sejak 10 Hari Lalu

Baru-baru ini, seorang lelaki warganegara Rohingya, Long Tiger menjadi topik perbualan hangat orang ramai selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Long Tiger Direman Empat Hari!

Bagaimanapun, perbuatan itu membawa padah selepas dirinya berjaya diberkas kembali ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah yang diduduki oleh lelaki menyerupai wanita di Sungai Petani, Kedah.

Ketika ditangkap pada jam 3.15 petang semalam, lelaki berkenaan mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah ketika cubaan melarikan diri dari pihak berkuasa.

Menurut sumber, tiga lagi individu lelaki telah ditahan bersama Long Tiger ke mahkamah kerana dipercayai telah memberikan perlindungan kepadanya.

Bagaimanapun, kesemua suspek akan direman selama empat hari sehingga 1 Januari dan butiran lanjut menerusi satu sidang akhbar akan dibuat tidak lama lagi.

Penduduk zahir rasa pelik, rumah ‘wanita jadian’ tiba-tiba sunyi

Berhubung dengan perkara itu, beberapa orang penduduk di Kampung Jalan Kebun Tebu, Sungai Petani turut mendedahkan kejadian pelik sebelum penangkapan semula Long Tiger.

Hal itu selepas rumah sewa berpagar yang diduduki oleh ‘wanita jadian’ yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Long Tiger secara tiba-tiba sunyi sejak 10 hari lalu.

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Salmah, dia mengakui rumah tersebut sebelum ini ‘meriah’ serta kerap dikunjungi terutamanya pada waktu malam.

Namun, sejak beberapa hari, rumah berkenaan dilihat sunyi sepi sehingga membuatkan beberapa penduduk setempat berasa hairan akan kejadian itu.

Kebiasaannya rumah itu mula dipenuhi rakan pondan terbabit menjelang senja dengan pintu dan tingkap dibiar terbuka selain sebahagian besar lampu di dalam rumah itu dinyalakan. 

Bagaimanapun  sejak 10 hari lalu, rumah itu dilihat tidak meriah seperti selalu termasuk sering berkunci dan hanya lampu di dapur sahaja dibiarkan menyala.

Selain itu, seorang lagi penduduk turut menghadapi perkara sama selepas anak lelakinya yang berusia 11 tahun pernah dihalau oleh mereka oleh kerana bermain di sekitar rumah tersebut..

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas