Oh! Tidak
Lima Wanita Didenda RM1,000 Selepas Gaduh Gempar Di Pasar Melor
Lima wanita didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah buat gaduh gempar di Pasar Melor hingga seorang remaja cedera.
Isu gaduh di tempat awam bukan benda asing, tapi bila sampai ke mahkamah, barulah nampak kesannya. Itulah yang berlaku dalam kes gaduh gempar di Pasar Melor yang tular sebelum ini dan akhirnya berakhir dengan hukuman denda.
Insiden yang berlaku sekitar jam 2.30 petang itu bukan saja mencetuskan kekecohan, malah menyebabkan seorang remaja mengalami kecederaan di seluruh badan. Kes ini akhirnya dibawa ke Mahkamah Majistret dan lima wanita mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.
Lima tertuduh mengaku bersalah di mahkamah

Lima wanita terbabit didenda RM1,000 setiap seorang selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Mahkamah Majistret. Mereka ialah Rozita Ramli, 47, bersama anaknya Aleeya Maisara Hasbullah, 19, dan menantunya Siti Nor Bakyah Abdullah, 19.
Dua lagi tertuduh ialah Siti Sara Suaini, 30, dan adiknya Siti Mastura Suaini, 28. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan gaduh gempar di hadapan Pasar Melor, iaitu kawasan awam. Kejadian itu berlaku pada 25 Disember 2025 sekitar jam 2.30 petang.

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan kes rusuhan di Pasar Awam Melor. Kejadian sama turut menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun mengalami kecederaan pada seluruh badan.
Pssttt! Ohmedia harap korang jadikan kes ni sebagai pengajaran. Gaduh di tempat awam bukan saja memalukan diri sendiri, tapi boleh beri kesan besar kepada orang lain yang tak bersalah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM