Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tunggang EUC Di Lebuh Raya Cetus Kebimbangan Orang Ramai

Trending

Lelaki Tunggang EUC Di Lebuh Raya Cetus Kebimbangan Orang Ramai

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar sebuah gambar memaparkan aksi seorang individu lelaki yang menunggang Electric Unicyle (EUC) di sebuah lebuh raya.

ADVERTISEMENT

BACA:Lori Bawa Durian Terbalik Di Lebuhraya Plus Nilai

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook bernama Muhamad Syahidan yang berkongsikan beberapa keping foto lelaki berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dirinya memandu kereta keluar daripada sebuah tol sebelum melihat aksi lelaki tersebut.

Bahaya la macam ni. Highway bosku, bukan taman. Please Jagan buat Macam ini, kalau kena langgar dah jadi masalah pada diri sendiri dan orang lain.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan itu, kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Grand Saga, semalam.

Netizen beri kecaman akan aksi lelaki tersebut

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan kebimbangan terhadap keselamtan lelaki tersebut walaupun sudah memakai topi keledar, pad pelindung siku dan lutut.

Selain itu, terdapat juga beberapa netizen yang menyatakan bahawa individu tersebut pernah ditegur sebelum ini selepas memuat naik video dirinya di aplikasi TikTok.

Namun, dia dipercayai tidak mendengar akan teguran orang ramai dan terus melakukan perkara itu walaupun mampu membahayakan nyawanya.

Bagaimanapun, setakat ini, hantaran itu telah mendapat sebanyak 265 tanda suka serta seramai 145 telah meninggalkan komen.

Kredit: Facebook Muhamad Syahidan I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas