Connect with us

Oh! Media

Lelaki Merajuk Masuk Hutan Akhirnya Pulang Kerana Terlalu Lapar

orang asli hilang

Oh! Tidak

Lelaki Merajuk Masuk Hutan Akhirnya Pulang Kerana Terlalu Lapar

Gara-gara merajuk tidak dapat berjumpa anak dan bergaduh dengan isteri, seorang lelaki orang asli telah melarikan diri ke dalam hutan berdekatan Kampung Kundang, Muadzam Shah, Rompin Pahang.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung, Wanita Kongsi Detik Cemas Berseorangan Di Dalam Hutan

Dia dikatakan telah hilang menyebabkan proses mencari dan menyelamat dijalankan. Operasi yang bermula pada Sabtu itu membabitkan anggota polis, Bomba dan Penyelamat Pahang, Unit K9 Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Namun, dia didapati telah pulang ke rumah kakaknya pada malam Ahad selepas bersembunyi selama 98 jam kerana terlalu lapar.

sar
Operasi SAR (Foto: Kosmo!)

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, susulan penemuan itu juga, operasi SAR yang diadakan bersama pihak bomba telah ditamatkan.

Disebabkan terlalu lapar dan kesejukan berikutan hujan lebat petang Ahad, mendorong lelaki terbabit mengambil keputusan pergi rumah kakaknya.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Johari Alwi berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan Zali Yasa oleh Tok Batin Kampung Kundang, Wahid Abdullah.

Malah, dia sendiri telah bertemu dengan keluarga pemuda itu bagi mengetahui cerita sebenar mengapa Zali bertindak lari ke dalam hutan.

Saya difahamkan, selain konflik rumah tangga yang berlarutan dan mudah merajuk menjadi penyebab dia bersembunyi dalam hutan.

Johari juga telah mengarahkan batin dan keluarga kedua-dua belah pihak menyelesaikan masalah yang tercetus di antara Zali dan isteri.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top