Connect with us

Oh! Media

Lelaki Mengaku Salah Simpan 62 Video Lucah Dalam Telefon Bimbit, Didenda RM3,500

Trending

Lelaki Mengaku Salah Simpan 62 Video Lucah Dalam Telefon Bimbit, Didenda RM3,500

Padah memiliki 62 video lucah dalam telefon bimbit, seorang kerani syarikat swasta berumur 44 tahun didenda sebanyak RM3,500.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Noor Azmira Kamarudin membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret P Sarulatha.

Jika gagal membayar denda, tertuduh diarah menjalani hukuman penjara lima bulan.

Peguam tertuduh, Rajvinder Singh memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan di atas faktor gajinya hanya RM2,000 sebulan. Selain itu, pengakuan bersalah dibuat tertuduh juga telah menjimatkan masa mahkamah.

Tertuduh juga mempunyai seorang anak yang masih kecil dan turut menjaga ibu bapa yang uzur.

Mengikut kertas pertuduhan, Noor Azmira didakwa memiliki 62 video lucah dalam telefon bimbitnya. Kesalahan itu dibuat pada 23 Oktober 2018 di sebuah unit pangsapuri di Bandar Putera, Klang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas