Connect with us

Oh! Media

Lelaki Melakukan Persetubuhan Dengan Kucing Didakwa

Trending

Lelaki Melakukan Persetubuhan Dengan Kucing Didakwa

Isu rogol merupakan satu isu yang sangat berat kerana ia boleh mendatangkan mudarat dan keburukan kepada si mangsa. Namun bagaimana pula jika ada yang bertindak merogol binatang?

ADVERTISEMENT

BACA: Pegawai Polis Wanita Dikecam Buat ‘Live’ Masa Serbuan, Siap Perkenalkan Anggota Lain

Semalam, seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan persetubuhan dengan kucing, minggu lalu.

Harian Metro melaporkan bahawa tertuduh, Janting anak Keling, 63, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap seekor kucing sehingga menyebabkannya mati di taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, kira-kira jam 4.30 pagi pada 16 April yang lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat rayuan memohon agar jumlah jaminan sebanyak RM15,000 dikurangkan atas faktor tertuduh tidak bekerja.

Saya baru datang ke Johor Bahru dari Sarawak dan tiada pekerjaan. Saya juga menumpang di rumah anak perempuan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas