Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kantoi Sorok Bawah Katil Rumah Janda, ‘Cuak’ Ditangkap Khalwat

Lain Macam Dia Punya Cara Ni

Trending

Lelaki Kantoi Sorok Bawah Katil Rumah Janda, ‘Cuak’ Ditangkap Khalwat

Semalam, pegawai masjid dan anggota polis menjumpai seorang lelaki yang sedang menyorok di bawah katil rumah seorang janda di sebuah rumah kampung di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Nak lari dari kena tangkap khalwat sampai menyorok bawah katil ya?

9da22753 0823 4f20 bb48 8547232b34ef
Sumber gambar Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 23 tahun itu memberi alasan hanya menumpang di rumah janda berkenaan dan pemeriksaan mendapati bahawa rumah itu turut dihuni oleh bapa wanita bersama tiga lagi anaknya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan kerana bapa wanita itu dipercayai sedang sakit.

IKLAN

Ketika pemeriksaan, lelaki itu menyorok di bawah katil dalam bilik kedua rumah berkenaan untuk mengelak daripada ditahan.

Walaubagaimanapun, mereka ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka pasangan mahram dan disyaki berkhalwat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas