Oh! Tidak
Lelaki Kantoi Rakam Perempuan Dekat Kedai Makan
Zaman sekarang ni, kalau rasa tak selesa dan nampak benda pelik, jangan takut untuk bersuara. Itu yang dilakukan sekumpulan wanita selepas diiorang rasa macam ada lelaki yang rakam curi-curi masa makan dekat restoran.
Kejadian ini tular selepas satu video dimuat naik di TikTok yang menunjukkan tindakan berani wanita-wanita tersebut berdepan dengan suspek.
Tanya elok-elok, tapi jawapan mencurigakan…
Salah seorang daripada mereka memberitahu, mulanya hanya mahu bertanya secara baik sama ada lelaki tersebut merakam atau tidak. Tapi bila lelaki itu menafikan, mereka mula curiga.
Sekali memang betul dia record kitaorang. Saya pun terus rampas phone dia sebab memang risau dia sempat delete or send dekat mana-mana.
Tak cukup rakam, phone penuh gambar perempuan seksi?
Bila telefon lelaki itu diperiksa, bukan saja terbukti dia merakam mereka, malah galeri penuh dengan gambar wanita seksi. Terus mereka ambil tindakan tegas.
Berang dengan tindakan lelaki itu, mereka terus bawa dia ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas dan berani mereka. Ramai yang kata ini sepatutnya jadi contoh kepada wanita lain supaya jangan diam bila rasa diganggu.
Pssttt! Zaman sekarang, gangguan seksual bukan lagi perkara yang boleh dipandang ringan. Keberanian wanita-wanita ni patut dipuji sebab bertindak bijak dan pantas. Jangan biar jadi mangsa dalam diam. Kalau rasa tak selesa, bangkit dan bertindak, kerana keselamatan diri adalah keutamaan!
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.