Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kantoi Cuba Buat Perkara Tak Senonoh Bila Duduk Sebelah Penumpang Wanita Dalam Kereta Api

tak senonoh

Oh! Tidak

Lelaki Kantoi Cuba Buat Perkara Tak Senonoh Bila Duduk Sebelah Penumpang Wanita Dalam Kereta Api

Kalau korang alami gangguan seksual tidak kira di tempat kerja atau tempat awam atau dimana-mana sekalipun, buatlah laporan terus. Situasi seperti ini amat bahaya untuk orang wanita sebab macam-macam perkara boleh berlaku lepas tu dan boleh menjejaskan psikologi mangsa.

ADVERTISEMENT

Terbaru, seorang wanita berkongsi satu video menunjukkan seorang lelaki mencuba untuk meraba dirinya ketika berada dalam kereta api. Mangsa pada awaknya menyangka lelaki itu tidak sengaja tetapi semakin dia cuba jauhkan diri makin dekat pula tangan cuba dengan pehanya.

Menurutnya, dia yang terlalu terkejut dengan kejadian itu kerana dapat merasakan jari lelaki itu naik turun di pehanya terus menjadi kaku dan seperti tidak boleh berbuat apa-apa walaupun terasa seperti mahu menjerit.

Malah, walaupun sudah dua kali wanita itu menegur perbuatan lelaki itu namun dia masih melakukan perkara sama sehingga dia terpaksa meminta untuk menukar tempat duduk di dalam train.

Menjengah di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut berang dengan perlakuan tidak senonoh lelaki itu dan berharap agar wanita itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas