Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dirakam Skodeng Bini Jiran Mandi, Rupanya Bukan Kali Pertama!

Lelaki Mengintai

Oh! Tidak

Lelaki Dirakam Skodeng Bini Jiran Mandi, Rupanya Bukan Kali Pertama!

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga! Itulah yang dapat dikatakan apabila seorang lelaki akhirnya ditangkap polis kerana disyaki mengintai (skodeng) isteri jirannya mandi.

Memetik laporan Harian Metro, perbuatan terkutuk suspek berusia 32 tahun itu terbongkar selepas aksinya dirakam anak jiran. Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang.

Kantoi skodeng jiran

Anak jiran kemudian menghantar rakaman kejadian kepada mangsa kira-kira jam 8 pagi. Video rakaman menunjukkan suspek sedang mengintai daripada bahagian belakang bilik mandi mangsa.

IKLAN

Mangsa yang terkejut memaklumkan kejadian kepada suami sebelum tampil membuat laporan polis.

Hasil siasatan awal pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya mendapati suspek rupanya dah beberapa kali mengintai mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas