Connect with us

Oh! Media

Leka Main Telefon, Ibu Tak Sedar Anak Lemas Dalam Kolam Renang

lemas

Trending

Leka Main Telefon, Ibu Tak Sedar Anak Lemas Dalam Kolam Renang

Kejadian di Probolinggo, Jawa Timur Indonesia, seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah lemas di dalam kolam renang ketika ibunya leka bermain telefon bimbit.

ADVERTISEMENT

BACA: Pilu, Seorang Mangsa Banjir Ditemui Lemas Lepas Air Surut

Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku apabila mangsa dan ibu bapanya pergi ke kolam renang tersebut untuk beriadah pada Jumaat lalu.

Mangsa masuk ke dalam kolam renang dewasa

lemas

Setibanya di kawasan itu, ibu bapa mangsa telah memerhatikan anak-anaknya yang bermain di kolam renang kanak-kanak. Pengawal kolam juga ada sama-sama di tempat kejadian memerhatikan pengunjung yang berada di kawasan kolam renang tersebut.

Kejadian bermula apabila bapa mangsa mahu ke tandas dan meminta isterinya untuk memerhatikan anak-anaknya. Tanpa disedari, kanak-kanak itu telah masuk ke dalam kolam renang dewasa.

Ibu mangsa yang sedang leka bermain telefon tidak perasan anaknya sudah masuk ke kolam renang dewasa dan situasi menjadi panik apabila kedengaran suara yang menjerit.

Pengawal yang berada di kolam renang itu telah menjerit apabila ternampak ada orang lemas dan terus terjun untuk menyelamatkan mangsa.

Keadaan mangsa sangat kritikal dan mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Pakuniran, Tavip menyatakan kejadian tersebut berlaku atas kecuaian ibu mangsa yang leka bermain telefon. Bapa mangsa diarahkan untuk membuat surat dengan menyatakan mereka menerima kematian mangsa dan menolak sebarang unsur jenayah.

Semoga ibu bapa di luar sana mengambil iktibar dan pengajaran atas kisah ini. Janganlah sibuk bermain telefon dan sentiasa peka dengan keadaan anak apabila berada di luar rumah agar situasi seperti ini tidak berlaku. Al-Fatihah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas